Monday, 8 September 2014

perubahan..

Assalamualaikum..

Macam yang tajuk aku bagi kan..Aku takde la nak merepek meraban ke apa..Aku just nak luahkan apa yang aku rasa..Tu je..Hahaha..

Aku sedar selama ni aku banyak buat salah kat orang disekeliling aku..Banyak la kesalahan yang aku buat sampai ada yang benci aku. Aku cuma mampu mengungkap kata maaf atas segala perbuatan aku kat dorg. Tu je yang aku mampu buat.

Aku tahu walaupun dorg kata maaf. Tapi dorg takkan lupakan apa yang aku dah buat kat dorg walaupun benda dah lama or sebagainya. Adat manusia dan aku paham perasaan dorg dan apa yang dorg fikirkan. Aku bukan Tuhan or malaikat. Aku hanya mampu berdoa agar aku akan di maafkan sepenuhnya.

Tapi aku cuba berubah walaupun ada yang takkan percaya. Standard la. Sapa nak percaya orang akan berubah dalam sekelip mata. Aku takde la berubah sekelip mata. Aku cuba untuk berubah kearah yang lebih baik. Terpulang pada orang nak menilai perubahan aku.

Kadang2 rasa macam aku ni penagih dadah, pembunuh, perogol dan sebagainya bila ada yang tuduh aku takkan berubah. Manis dimulut saja perubahan aku tu. Sebenarnya hati masih gelap. Aku mula paham apa prasaan golongan yang aku sebut tadi bila dorg keluar dari penjara, pusat serenti n sebagainya. Pandangan masyarakat terhadap dorg tetap hina.

Tapi biar hina dipandangan manusia jangan hina dipandangan Allah. Aku tahu aku banyak kekurangan. Dan aku cuba membaiki kekurangan tu walaupun kadang2 memang susah nak buat semua tu. Aku kena yakin dengan diri sendiri dan tak putus asa. Aku yakin hujan takkan selamanya hujan. Mesti akan berhenti dan menurunkan pelangi yang indah.

No comments:

Post a Comment