Tuesday, 2 October 2012

Waras ke aku ni?


Aku dah tak tahu kenapa dengan aku skang ni. Aku rasa lain sangat2. Cepat takut. Rasa was2 dan macam2 la. Aku rasa macam mula jadi gila. Hahaha.

Kadang2 aku gelak tanpa sebab dan teruskan gelak dengan jahatnya. Hehehe. Kadang2 aku bercakap sorg2 macam ada member je. Bila sedar aku cakap sorg2 aku akan gelak dan terus bercakap macam ada org menemani aku. Hahaha.


Aku dapat rasakan yang aku kesunyian. Entah la. Aku rasa macam hidup sorg2 je dalam dunia ni. Ada kawan semua stock dah belajar dan bawa haluan masing2. Mana ada masa untuk kawan lama. Semua dengan kawan baru je. Ada kekasih selalu gaduh je. Dah tak tahu nak buat apa.

Nak luah kat keluarga bukan dorg paham pun. Better luah kat Allah kan. At least tenang la sikit hati ni walaupun kadang2 rasa sunyi. Tapi life must go on. Walaupun dah mula give up dengan life aku skang ni.

Aku kadang2 cuba buat baik dan berlaku jujur sebaik mungkin. Tapi sering di salah erti sampai aku rasa malas nak amik peduli tentang org lagi.

Sekarang jugak aku kerap berhalusinasi. Sampai ternampak depan mata. Waras ke aku ni? Mungkin aku patut berjumpa dengan pakar. Check otak aku ni betul ke tak? Tapi malas la aku nak pergi. Tunggu betul2 gila baru aku pergi. Hahaha.

                                            

1 comment:

  1. Itu semua tekanan yang dihadapi jiwa... Pegi tenangkan diri dengan berdoa padaNYA

    ReplyDelete