Wednesday, 29 August 2012

Dark vs Light

Once I always cover in the darkness. I walk blindly in the dark without any purpose. No where to hide, no where to run, no where to go..... I'm want to give up and done doing anything. But still, I'm waiting for the light to come and lighted the darkness in my world.



But the light never come to this freaking dark world. Is God has abandoned me? Has He don't hear my prayer? Is it because all the thing I have done in my past? I wish I can change the past but its impossible. There no turning back for what I have done. I can't feel true happiness anymore. I can smiled like before. I have to fake that I'm okay. I just cried alone without no one noticed it. I just wish I can kill myself but I don't have the courage to take this pathetic life. I still hoping for the light to come to save me from this miserable life.


When I about to give up, you come to my dark world. At first I thought you are just the same with other people. Always judge me for what I have done and babbling about it. But you accept me just for I am and willing to help me to change myself. You are so difference from the people I used to know. You bring light to my world bit by bit. Then I realised that God have a funny way to sent light in this dark world. He sent you to me. Thank you. Alhamdulillah.


Wednesday, 15 August 2012

Barah?

Sejak akhir2 ni aku rasa sakit kepala yang amat sangat. Tiba2 terasa nak bukak Pak cik kesayangan aku iaitu Google. Aku bukak la tanda2 orang punyai barah otak or sebagainya. Hehehe.

Banyak la gak petanda dia. Aku tengok semua petanda tu semua aku ada. Hahaha. Ada yang takde aku rasa. Kalau ada semua nampaknya kena pergi hospital check ni. Hahaha. Tapi aku tahu apa jawapan dktor kat situ bg. " Awak ada migrain je ni. Dapatkn tidur yg cukup. Minum air banyak2. Bla bla bla..."

Mcm mana tahu jawapan kat atas sebab aku selalu pergi klinik dulu. Hahaha. Tapi memang la aku tak cukup tidur. Rasanya cukup tidur pun dapat jawapan macam tu. Moi.

Tapi tak mungkin la aku ada barah. Aku je punyai imaginasi tinggi. Kalau ada menarik gak. Hehehe. Bengong aku ni. Org mintak jauhkn benda tu. Aku plak mintak ada benda tu. Hahaha.

Tu je la apa yg aku cuba sampaikn. Saja mengisi masa lapang dengan menulis benda pelik2 kat blog aku ni. Chow.


Hancur..


Lagu kat atas tentang kepercayaan seseorang kat kita. Tapi perasaan kita kalau kepercayaan tu dah mulai kurang? Apa yang perlu kita buat untuk dapatkan kepercayaan tu balik?

Dulu aku ada ramai yang percayakn aku. Tapi aku hancurkan kepercayaan dorg. Tapi aku still percaya kat dorg walaupun selalu kena tipu. Hahaha. Aku bingai skit dalam hal ni. Lurus giler. Percaya je cakap org. Hahaha.

Aku ingat aku dah dapat kepercayaan seseorang tu. Tapi baru2 ni aku baru tahu yang dia tak pernah percaya aku 100% sedangkn aku buat mcm tu kat dia. Tak sangka dia boleh attack aku dengan menggunakan apa yang pernah aku buat dulu. Sumpah terkejut wei.

Tapi takpe la. Salah aku gak. Org dah tak nak percaya kat kita nak buat mcm mana. Kepercayaan bukan boleh di beli. Kita kena dapatkan kepercayaan tu.

Walaupun hati aku hancur dengar dia cakap macam tu. Tapi aku tetap akan percaya kat dia. Aku akan buat dia percaya kat aku balik. Memang la aku ada tipu dia. Tapi bukan benda penting sangat pun. Lagi pun bukan semua benda kita boleh buat on the spot. Huhu.

Tu je la aku boleh cakap buat masa skang. Cakap lebih2 bukan dapat apa pun. Aku yang kena balik. Hahhaa.

Friday, 10 August 2012

okay..you want it..farewell..

Puasa dah nak habis. Raya sedang hampir. Kalau waktu kecik2 dulu. Raya dah dekat. Mula rasa takut sebab "hantu" dah terlepas dari ikatan dorg. Hahaha. Sungguh pelik pemikiran aku waktu kecik2 dulu. Okay melencong sebentar.

Okay. Back to the topic. Aku ingat kan dapat la aku buat baik. Bercadang nak buat baik dekat someone. Tapi tak sangka sangkaan aku meleset. Selamat aku tergerak hati nak tengok blog dia. Walaupun selama ni aku tak tahu pun dia ada blog. Kuno aku ni.


Mula2 aku baca blog dia. Agak comel la gak kn. Sorg yg baik hati sebab mengenang jasa org lain. Then aku selongkar la semua yg ada dalam blog dia. Sebab dapat maklumat dari dalam. Dia ada cerita tentang aku dan dia. Aku pun gigih cari pasal aku punya cerita. Wow. Sungguh terharu bila tengok dia ingat something yg menarik perhatian aku. Bangga aku dengan dia. Hehehe.


Then aku tak rasa cerita aku tamat kat situ. Aku pun selongkar lagi blog dia. Macam penyiasat je aku ni. Hehehe. Aku jumpa gak 1 tajuk yg menarik minat. Memang menarik. Sebab tu post balasan untuk aku. Wow. Terbaek!! Aku sangkakn dia nak berdamai or apa la. Last2 aku kena perli + kutuk dalam post tu. Moi. Aku ni memang susah nak berbaik dgn org kn? Huhu. Aku terkilan dgn sikap dia sebab still ego and still perli aku. Aku cuma nak berdamai je. Tak nak ada salah paham dah. Tapi takpe la. Nak buat macam mana. Kalau dah benci tetap benci. Huhu.

Then dia mintak something yg tak patut bagi aku. Kalau dia rasa nak putuskan persahabatan ni. Buat je. Aku terima semua tu. Walaupun aku dah tak nak kehilangan kawan lagi. Aku cuba nak buat baik. Tapi tak sangka dia nak sebaliknya. Aku doakn kebahagiaan dia. Kalau apa yg pernah aku buat menyakitkan hati dia. Melukakn hati dia. Aku mintak maaf. Maaf kalau aku salah paham dengan dia. Trimas sebab tak cerita tentang keburukan aku kat kwn2 dia. Aku tahu dia akan baca blog aku ni. Selamat tinggal. . . . . .


Thursday, 9 August 2012

Panggilan..

Kali ni post pasal panggilan kita kat org yg tersayang. I mean kekasih kita la. Kalau kat keluarga tak payah cerita la kan. Semua ada panggilan masing2 kan. Huhu. So tiba2 aku terasa macam nak letak lagu J.B walaupun aku benci dia. Tapi ni je lagu yg kena dengan panggilan aku. Hahaha.


Tapi macam biasa aku tak minat nak cerita umum. Aku nak bagi tahu something yg dah lama ada dalam lubuk hati aku ni. Aku ingat boleh je biarkan tapi dah lama2 aku rasa macam sedih plak and tak dapat nak dibendung lagi. Huhuhu.

Aku nak ada panggilan yang mesra dgn dia walaupun takde semesra mana. Aku nak gak panggil nama dia. Tapi ramai dah slalu panggil nama dia. So aku cari nama yg sesuai untuk panggil dia. Setelah memerah otak aku. Aku dapat la nama yg aku nak panggil dia tapi dia macam tak suka je. Tak hargai sgt and gembira sgt. Aku tak tahu nak buat mcm mana tapi susah la sebab aku di over shadow oleh ex dia.

Walaupun panggilan kitorg agak manja. Hehehe. Tapi aku kadang2 suka panggil nama dia. Cuma sejak akhir2 ni aku dah tak buat sebab dia bukan layan pun or happy. Melainkn aku panggil nama dia yg ex dia pernah guna. Baru la semangat dia layan.

Baru2 ni dia ada ubah nickname dia kat 1 laman web terkenal di dunia ni (poyo giler ayt mcm 2). Mula2 aku terkejut gak. Tapi diam je sebab dia suka nama tu. Tapi lama2 aku tengok aku rasa macam dia simpan kenangan dia ng ex. Aku tak nak cakap banyak tapi aku diam je. Kalau aku cakap pun dia mesti kata nama je or apa2 je la.

Ya. Aku kecewa. Tapi aku hormati dia. Aku tak nak la sebab benda kecik macam ni buat hubungan kitorg retak kn. Aku diam sampai skang. Tapi masalah kecik kalau biar boleh jadi besar kn. Huhu. Aku tak tahu nak buat apa lagi. Kat sini je la aku boleh luah perasaan aku.

Aku tahu dia setia. Tapi aku tahu dia tak boleh lupakn ex dia. Aku syg bngat kat dia. Cuma kecewa je sebab dia still teringat panggilan pertama ex dia bg.


Wednesday, 8 August 2012

kawan, keluarga & kekasih

Wow. Tajuk aku terbaik la kan. Hehehe. Tiba2 je aku terasa nak buat post macam ni. Hope viewer terhibur la and paham apa yang cuba di sampaikn. Hehehe. Lagi sekali ingin di ingatkan bahawa tajuk memang tak seindah isinya. Hehehe. Aku memang suka psycho org. Nak buat mcm mana. Hewhew.

Kawan biar ramai. Tapi tak semestinya mempunyai kawan yg ramai menjanjikan kebahagiaan bukan. Ada je kawan yg akan tikam kita dan sebagainya. Bukan aku nak kata semua kawan mcm 2. Tapi nak tak nak. Kita tetap akan jumpa golongan macam ni. Huhu. Kadang2 tak nak percaya kat kawan lagi sebab dorg suka tipu aku and sebagainya. Tapi ada la kawan2 yg aku betul2 hargai dan aku akan kenang sampai mati la. Hehehe.

Keluarga org yg sentiasa ada dengan kita. Walaupun mungkin tak serapat mana. Tapi kita mungkin akan berjumpa dengan dorg setiap hari di rumah. Hehehe. Kalau tak jumpa pun or dorg dduk jauh. Kita tetap akan jumpa dorg. Tapi org skang ada yg tak menghargai keluarga dorg sendiri sedangkan dorg beruntung mempunyai keluarga. Tapi sifat manusia kan. Aku pun macam tu gak. Kadang2 tak hargai keluarga sendiri. Tapi bila marah memang la pk mcm 2. Huhu. Tapi aku syg keluarga aku sepenuh hati aku walaupun kadang2 dorg buat aku marah and sebagainya. Sebab dorg sentiasa ada kat sisi aku kalau aku di timpa masalah. Hehehe.

Kekasih ialah org kedua terapat dgn kita selain keluarga or kawan. Dorg la tempat kita mengadu semua masalah kita dgn harapan dorg akan paham apa yg tengah kita lalui skang. Tapi tak semua indah bukan. Bunga yg kembang tetap akan layu. Kadang2 kekasih la jadi punca masalah yg kita hadapi. Kadang2 masalah yg boleh di selesaikn jadi tak selesai di sebabkn berlaku pergaduhan antara kita dan mereka. Huhu. Tapi adat berkasih bukan. Tak semestinya sentiasa bahagia. Hehehe. Cuma kadang2 ada pihak yg perlu mengalah dan bersikap matang dalam hubungan yg dibina.

Sebenarnya kat atas tu bukan tujuan asal aku. Tapi bila pk balik biar la aku berbincang dulu dengan dia sebelum aku berlaku jujur dalam blog ni or mana2 laman sesawang yg ada kat dunia ni. Hehehe. Ni je coretan yg aku boleh buat pada hari ni. Next time mungkin ada lagi kot.

Monday, 6 August 2012

140 km/h..

Sebab aku makin menggila. Aku nak letak post banyak2 walaupun benda yang aku cerita langsung tak masuk akal dan pelik. Hehehe. Tapi blog aku kan, Hohoho.

Sejak akhir2 ni speed aku bawak motor semakin meningkat. Dulu bawak limit 100 km/h je. Lepas accident bawak la slow dalam 80 km/h. Tapi skang dah mula naik 120 km/h. Slumber bawak laju 2 lalu celah kereta kan. Hahaha.

Paling best and gila pernah aku buat time bawak 140 km/h pergi serdang tak brek tak apa. Slumber je lalu tepi lori and hampir kena penyek. Hahaha. Terbaik...

Sejak kejadian tu, aku rasa aku memang suka pulas throttle sampai 120 / 140 km/h. Kadang2 hampir je langgar kereta or motor sebab tak pandang cermin sisi and tak fokus kat jalan. Hehehe. Kalau dia tahu. Mau aku kena bebel je. Hahaha. Tapi aku pernah cakap. Bukan dia peduli dengan aku pun. Hahaha.

Ni je la coretan aku untuk kali ni. Kalu dia baca. Menurut ramalan aku, dia akan marah and merajuk. Hehehe. Salam.

kucing mewah vs kucing liar..

Macam bengong je tajuk aku kali ni. Hewhew. Sejak nak pindah rumah baru ni. Abg aku pergi amik kucing liar kat kawasan rumah sewa dia. And bawak balik rumah kitorg ni (putra). Tapi di sebabkn amik dari kecik. So kitorg dh ajar dia kncing and berak kat tmpat yg di sediakn walaupun kadang2 bersepah gak dia buat waktu mula2 2. Skang dah pandai. Hehehe.

Bagi makanan pun yang brand je. Whiskes smthing. Aku tak peduli pun. Janji dia makan. Dah la memilih nak makan. Kalu nmpak ikan goreng depan mata pun buat dek je. Ceh. Akibat mendidik supaya makan benda mahal.

Semalam (5/8/12), abg aku no 4 bwak balik kucing wrna ptih2 kelabu. Tapi betina. Memang kucing jalanan punya r. Besar sama kucing kat rumah tu. Tapi letak je kat rumah. Mak ai. Busuk sungguh. Ye la selalu tidur dalam longkang. Tidur kat berak sendri. Makan benda2 pelik.

Aku suruh abg no 2 mandi kn kucing 2. Tapi dia mandi kn kejap je sebab kena cakar. Aku pun kena gak. Kuku dia macam pisau baru. Luka tangan aku dia pegang sebab takut dgn air. Tapi aku pujuk2 dia kata sekejap je sebab nak bersih kan bontot dia sebab ada najis dia tak bersih. So jadikan dia busuk. Tapi kejap je. Sebab dia dah mula agresif walaupun betina.

Then aku bau la busuk kat badan aku. Rupa2nya suar aku bau taik kucing betina td. Terpaksa la aku mandi. Tapi sebelum aku mandi. Aku nekad nak amik kucing tu. And mandikn dia. Dapat gak aku buat lepas pujuk dia. Peluk dia. Hahaha. Rasa sebab aku lelaki kot dia rasa selamat sikit. Hewhew. Tapi dia degil tak macam kucing rumah aku tu. Sebab dah di biasakn utk mandi kn.

Habis je sume tu. Aku bagi la dorg makan. Kucing rumah makan benda mahal je. Tapi kucing liar tu tak kisah bedal je apa yg ada. Mungkin dia still pk yg dia perlu survive dgn makan apa yg dia nmpak n tak memilih. Secara tak langsung mengajar aku erti kehidupan. Untuk hidup terpaksa merendahkn diri serendah boleh utk hidup untuk mencari sesuap makanan. Tapi skang zaman org dah mampu tapi tak semua mensyukurinya.

Aku rasa aku dah melencong dari tajuk 2. Tapi viewer paham2 je la eh. Hehehe. Damn! Aku lari tajuk. -.-'

Wednesday, 1 August 2012

Qarin..

Dah masuk ogos. Syok2 aku baca cerita hantu. (kt ofis..slumber..) Aku terbaca pasal qarin. Something like that. Benda ni agak menarik sebab semua orang ada. Sebab aku malas nak cerita secara ringkas. Aku copy paste je la maksud qarin ni untuk viewer. Hewhew.

Qarīn (Arab:قرينQɑrɪn) adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada malaikat dan jin dari (golongan syaitan) yang mendampingi setiap manusia. Istilah ini digunakan didalam Al-Quran dan dikatakan bahawa Qarin itu mengikuti manusia sejak seseorang manusia itu dilahirkan sehinggalah ajalnya. Kedua makhluk itu dianggap sebagai "kembaran setiap manusia."
Menurut keyakinan umat Muslim bahawa, pada umumnya Jin Qarin ini mendorongi manusia kearah untuk berbuat kejahatan. Dia (Jin Qarin) membisikkan sifat was-was, melalaikan Solat, memberatkan diri manusia untuk membaca Al-Quran dan sebagainya dan ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang manusia daripada membuat ibadah dan kebaikan.
Untuk mengimbangi adanya pendamping jahat, Allah telah mengutus Malaikat Qarin yang selalu membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Dalam beberapa Hadis dikatakan bahawa Jin Qarin yang mendampingi Muhammad telah memelukIslam, sehingga Muhammad selalu terjaga dari kesalahan.

Qarin dalam Al-Quran dan Hadis

Al-Quran telah menjelaskan tentang adanya Qarin dalam Surah Az-Zukhruf
Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al-Quran), kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya. (Az Zukhruf 43:36)
Hadis mengenai Qarin pun telah dicatat oleh Imam Ahmad dan Imam Muslim, Nabi Muhammad bersabda kepada Abdullah Mas'ud, "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa Malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga Ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuIslamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja."[1]
Hadis mengenai Qarin: Aisyah r.a. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah SAW keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: “Aku merasa cemburu.” Tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya, “Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?” Aku berkata, “Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah?” Sabda Baginda, “Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitanmu?” Aku bertanya, “Apakah aku ada syaitan?” Sabda Baginda, “Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin.” Aku bertanya lagi, “Adakah engkau pun ada syaitan, ya Rasulullah?” Jawab Baginda, “Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam.” (Hadis riwayat Muslim)
Dalam kisah yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdillah, bahawa ketika tiba giliran Iblis untuk meminta, ia pun berkata, “Ya Tuhanku, manusia (Adam) inilah yang telah Engkau muliakan atasku, kalau Engkau tidak memperhatikannya, aku tidak akan kuat menghadapinya.” Allah berfirman yang ertinya, “Tidak akan dilahirkan seorang anak darinya kecuali dilahirkan pula seorang anak dari bangsa kamu.” Iblis berkata lagi, “Ya Tuhanku, berilah tambahan kepadaku.” Allah S.W.T berfirman, “Kamu dapat berjalan-jalan ditubuh mereka seperti mengalirnya darah dan kamu dapat membuat hati mereka sebagai rumah-rumah untuk kamu.”

Hope terhibur baca. Sorry panjang sangat. Copy paste. Hewhew. Sesungguhnya hanya Tuhan kita berserah segalanya. Jangan la sesekali lupa berdoa and memohon keampunan selalu. Tak semua org sentiasa perfect. Hehehe.