Wednesday, 25 July 2012

Bidadari..


Hehehe. Mesti pelik kan dengan tajuk aku kali ni. Ni takde kena mengena aku jumpa bidadari macam dulu. Alangkah bagusnya dapat jumpa dia lagi. Mungkin aku akan menang pertandingan bowling yang akan diadakan kat pejabat aku tu. Hahaha. Okay lari topik jap. Sayang ku yang sedang membaca entry ni jangan salah paham. Hahaha.

Lagu ni aku amik sebab rasa macam kena je. Lagi pun lagu ni aku jumpa time tengok cerita cerekarama kat tv3 tajuk dia "perempuan neraka". Layan la gak. Memberi keinsafan pada diri aku. Hehehe. Tapi lagi bagus perempuan yang tengok cerita ni. Okay. Aku lari topik lagi. Huhu.

Aku harap dapat jadi bidadari kepada orang yang aku sayang. Supaya senang untuk aku jaga dorg. Tapi tu perkara mustahil kan untuk di lakukan. Aku hanya mampu berdoa pada Allah S.W.T untuk menghantar para malaikat untuk menjaga mereka ni.

Walaupun aku hanya manusia biasa. Tapi aku harap dapat menjaga dorg. Aku akan cuba layan dorg walaupun kadang2 aku tak larat nak layan. Tapi kadang2 aku selalu mengecewakan sesetengah orang. Kata nak jaga & teman dorg 24 jam. Tapi aku selalu buat dorg sedih. Tak semua. Certain2 orang la. Huhu.

Kadang2 aku selalu tidur lewat sebab nak teman si dia sampai la dia tidur. Kadang2 aku paksa dia teman aku. Hehehe. Tapi aku kadang2 serba salah mesej dengan dia sampai lewat pagi and menyebabkan dia bangun lewat or sakit kepala.

Sejak akhir2 ni dia selalu sakit kepala. Mula2 aku ingat masalah sebab menghadap komputer terlalu lama. Tapi bila di fikirkan secara mendalam. Aku rasa sebab dia selalu tidur lewat dan bangun awal. So dia tak dapat tidur yang cukup. Jadi secara automatik aku menyalahkan diri aku.

Tapi aku selalu tidur lewat melayan karenah dia. Kadang2 aku tak tidur langsung walaupun tengah penat bekerja or mengantok tahap dewa. Tapi aku tak kisah sangat. As long she happy. Aku tetap akan jaga dia. Mula2 aku nak merungut kat dia. Tapi tak jadi sebab aku tak nak dia rasa serba salah. Aku cuma nak dia bahagia walaupun aku selalu buat dia sedih.

Andai kata awak ada baca benda ni. Saya nak awak tahu yang saya sayang & cintakan awak. Saya harap dapat menjaga awak seperti seorang "Angel". Tapi saya hanya manusia biasa. Andai di takdirkan saya pergi menemui Pencipta kita. Saya harap Allah menghantar seseorang untuk menjaga awak selepas pemergian saya. Saya yakin awak akan dapat yang lebih baik dari saya. Hehehe.


Bayangkan saya buat macam ni kat awak. Hewhew. Comel je kan saya ni. Hoho. Perasan sudah.

2 comments: