Wednesday, 23 November 2011

Pelik..

Hari ni aku nak cerita something yang pelik berlaku dalam diri aku. Mungkin aku mimpi or apa-apa la. Tapi aku dapat rasakan something pelik.

Hampir setiap hari aku dapat rasakan aku diperhatikan dari jauh dan dekat. Bukan stalker k. Tapi benda lain. Aku tak pasti lagi apa benda ni. Tapi aku rasa dia ekori aku tak kira mana aku ada. Dalam tandas pun nak ikut. Ceh.

Hampir setiap malam gak aku mimpi benda pelik. Aku kena kejar dengan orang. Aku tengok manusia hilang kewarasan dorg. Aku rasa kejadian macam benda tu betul tapi aku baru bangun tidur. Aku kena hempap dengan "something".

Ada sekali tu aku terjaga dari tidur, aku dapat rasakan someone perhatikan aku di sekeliling bilik aku. Dekat kerusi tepi katil aku. Dekat pintu bilik aku. Kadang-kadang dekat tengah-tengah ruang nak pergi tandas.

Ada ke patut time aku mandi aku dengar suara mak aku bising-bising kat aku. (suke menggunakan bilik air utama) Antara dengar tak dengar sebab shower terpasang dan aku buka pintu bilik air dan takde sapa pun time tu. Aku pun 1 dodol, terlupa mak aku keluar tapi time tu aku baru bangun tido n tkut mak aku dah balik. Sebagai anak mithali kena la tengok kan. (poyo je)

One day tu aku ada tinggal sorang-sorang kat rumah dan kena la jaga anak buah aku yang nakal tu. Aku layan la dia macam apa. Then dia tidur dengan nyenyaknya. (Alhamdulillah) Dah lama-lama tu aku pergi la bilik dan buka notebook aku. Tiba-tiba aku dengar budak menangis. Sumpah terkejut aku. Aku ingat anak buah aku mengigau. Aku pun terkejut then terus lari kuar ke depan. Tapi aku tengok dia nyenyak je tido siap berdengkur tu. Ceh. Then baru aku sedar aku kena "main". Then aku dengar budak-budak gelak. Aku ingat kan kat lobi lif tu tapi aku dengar jelas dalam rumah. Bukan main cuak aku nak bangun dari kerusi tapi sebab anak buah aku ada kat depan. Aku kena tengok dia gak.(pak cik yg bek..:P) Tapi takde orang pun dan keadaan sunyi macam apa ntah. Tapi aku dapat rasa ada orang perhati aku kat dapur. Aku pandang dan perasaan tu terus hilang dengan tiba-tiba.(aku blh rasa tp xnmpk)

Kejadian seperti ni selalu menghantui aku sampai skang. Walaupun selalu kena, aku tak biasa lagi sebab kalu korg ni boleh rasa "benda" tu macam aku. Rasa macam korg punya badan berat sangat. Rasa macam kena tarik je. Mungkin ada hikmah semua tu terjadi. Tapi aku tak nak cerita kat parents aku lagi, cuma abang aku yang no 2 je tahu semua ni. Tapi hari ni aku nak share dengan korg semua. Mana tahu ada yang boleh tolong aku.

No comments:

Post a Comment