Tuesday, 1 November 2011

kisah cinta 3 segi..versi pelik II - kebodohan..

Seperti sebelum cerita sebelum ni. Ada lagu sebagai mukadimah dia kn. Yang ni pun ada gak. Ibarat cerita drama la kn. Setiap kali episod baru je mesti ada lagu. Hehehe. Harap penonton yang di sayangi tak marah. Coz bnyk lagu jiwang je. Bagi aku kena dgn cerita yang aku buat ni.


Lagi 2 hari percutian mereka akan tamat, Mika masih mencari pasangannya manakala Ren ingin memberitahu An perasaannya pada malam terakhir ini. Dia pun macam lelaki lain, ingin mencari pasangan bukan sebab nafsu tetapi atas dasar cinta. Dia dah mula jatuh cinta pada An sejak dia kecil lagi tetapi tak pernah meluahkannya. Dia takut perasaan dia akan di tolak begitu sahaja oleh An kerana dia tahu An menganggap dia seperti seorang kawan dan juga jiran. Tak mungkin akan mencintai dia kerana perbezaan antara mereka berdua. Tetapi dia kena yakin dan jika betul la tempat ni ialah "Syurga percintaan" pasti dewa percintaan akan menolong dia.

"An sudi tak awak menjadi kekasih hati saya? Kita sudah lama berkawan, saya tak tahu macam mana perasaan ini boleh hadir dalam diri saya. Saya sayangkan awak, saya tak boleh janji apa-apa pun untuk awak tapi saya akan cuba sedaya upaya untuk berubah demi awak. Argh! Moi! Sejak bila aku sentimental ni?! Mau An gelak bila aku luah macam ni. Mesti dia pelik macam mana raja huru-hara ni boleh jadi jiwang plak. Moi!" rungut Ren sorang-sorang. Di masa yang sama pula, Mika terdengar perbualan dari rakan-rakannya untuk menyelinap dari hotel untuk bertemu kekasih masing-masing. Mika cuba untuk menghalang mereka tetapi tidak di endahkan oleh mereka. Mereka cuba menghasut Mika untuk mengikut mereka dan besar kemungkinan dia untuk bertemu kekasih hati adalah tinggi. Setelah di desak akhirnya Mika bersetuju untuk mengikut mereka semua.

Akhirnya Ren mendapat keberanian dan ingin juga meluahkan perasaan dia kepada An walaupun dia tahu risiko untuk dia di gelakkan adalah sangat tinggi. Dia bergegas mencari An. Dia tahu yang An sukar untuk tidur pada waktu sebegini dan jika mereka berada di tempat sebegini, kebiasaannya An akan berada di ruang lobi atau di taman. Kononnya romantik tempat sebegini dan mudah untuk dia berjumpa dengan lelaki idamannya. Ren kadang-kadang tidak paham jiwa wanita ini tapi dia akan cuba menyelami jiwa An. Ren mencari An di lobi hotel dan tidak menjumpai An. Lalu dia pergi ke taman dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat An dengan Shun. Dia cuba menyedapkan hatinya dengan menyatakan semua itu kebetulan sehinggalah dia mendengar sesuatu yang tidak di duga olehnya.

"Senior, saya sukakan senior! Saya harap senior sudi menjadi teman lelaki saya!" An meminta untuk menjadi kekasih hati Shun. Ren sungguh terkejut dan ingin mengetahui jawapan Shun.

"Saya juga menyukai awak An. Saya selalu memerhatikan awak. Saya ingin mendekati awak tetapi selalu di ganggu oleh "sampah" yang berada dekat dengan awak itu." Shun memberi jawapan yang mungkin membuat dia di tolak cintanya kerana An pasti akan memarahinya sebab mengutuk kawannya itu tetapi jawapan yang di berikan sangat mengejutkan.

"Senior, saya minta maaf pasal "sampah" itu. Saya sudah naik rimas berada dengannya. Dia tu saya hanya menganggap seperti hamba untuk membuat kerja-kerja saya saja. Saya harap senior paham. Saya janji akan menjauhi dirinya selepas ini.". Sungguh Ren tidak menyangka An akan berkata sedemikian hanya untuk mendapatkan lelaki yang dia inginkan. Ren terus membawa diri dan dia merasakan hati dia sakit sekali mendengar apa yang di katakan oleh An. Tidak dia sangka An hanya menganggap dia sebagai hamba dan "sampah" selama ini. Ren tidak kembali pada biliknya sebalik menuju ke bandar tanpa arah tujuan. Dia merasa sangat kecewa dengan apa yang terjadi.

Selain itu Mika telah di tinggalkan oleh rakan-rakan dia untuk bersama pasangan masing-masing dan membuat dia terpaksa bersama dengan Otto iaitu seorang penakut dan ulat buku. Sepanjang perjalanan dia terpaksa mendengar apa yang Otto membebelkan tentang Shinjuku Fraction sehinggalah mereka berhenti di suatu kawasan yang sunyi. Di situ terdapat sebuah rumah kosong dan tidak ramai orang yang lalu di situ terutamanya waktu malam. Mika terkejut dan terfikir adakah dia akan menjadi "wanita" dengan Otto. Dia tidak tahu yang dia sudah bersedia atau pun belum. Akhirnya Mika membuat keputusan yang dia tidak ingin membuatnya lagi, biarlah orang menyatakan dia kolot atau apa sahaja pun. Yang penting dia dengan pendirian dia.

"Saya minta maaf. Saya tidak bersedia lagi dan awak bukan lelaki yang saya minat. Saya harap awak paham." jelas Mika kepada Otto.

Tiba-tiba Otto tergelak besar, "Hahahaha. Awak ingat saya kisah ke?! Saya bawa awak dekat sini dengan 1 tujuan saja. Iaitu merasa badan awak! Dah lama saya geram dengan awak ni. Malam ni awak akan jadi milik saya!" Mika begitu terkejut sekali dengan perubahan Otto itu dan dia cuba melarikan diri tiba-tiba dia melihat 3 orang lelaki berada di depannya.

"Nampaknya dapat la kita habuan hari ni macam tahun sebelum ni. Kau memang hebat la Otto. Tak sangka kau dapat menjerat perempuan-perempuan sekolah kau dan sekolah dengan cara begini. Tak sia-sia kau dapat gelaran "Lady Killer"." sebut salah seorang lelaki berkenaan. Mika akhirnya teringat pada kes pada tahun lepas di mana ada student yang telah di rogol dan tidak dapat mengecam perogolnya kerana terlalu ramai. Tidak dia sangka dia juga akan menjadi mangsa pada malam ini.

"Aku lupa nak bagi tahu. Tak guna kau menjerit kerana tidak ada siapa yang akan melalui kawasan ini. Kitorang dah sebarkan tempat ini berhantu pada waktu malam dan banyak kejadian yang pelik akan berlaku. Percayalah tidak ada siapa pun yang akan menyelamatkan kau!" kata Otto pada Mika.

"Sudah la bercakap ni. Aku bosan. Aku nak merasa tubuh dia sekarang!" jawab lelaki ke-2 dan lalu dia menerkam Mika. Dia mengangkat Mika dan membawanya masuk ke dalam rumah kosong tersebut. Mika cuba meronta-ronta tetapi apakan daya tenaga seorang perempuan berbanding tenaga seorang lelaki.

"Sabar sikit sayang. Selepas ini kau akan merasa nikmatnya semua ini. Semua mangsa kami meronta-ronta pada mulanya dan akhirnya mereka yang meminta kami untuk menyetubuhi mereka berulang-ulang kali" kata lelaki ke-3 itu dengan penuh bangga. Akhirnya mereka cuba membuka baju Mika dan Mika cuba untuk melepaskan diri dan dia melihat Otto sedang merakam perbuatan mereka semua itu. Baru dia sedar mengapa gadis-gadis yang telah di rogol itu tidak menyatakan apa-apa kerana perbuatan mereka telah di rakam. Tanpa dia sedar, salah seorang dari mereka bertiga telah mengoyakkan pakainnya dan hanya membuat Mika memakai pakaian dalamnya dan dia terpaksa menutup tubuhnya dengan tangannya itu.

Mika cuba menjerit meminta tolong tetapi mulut dia telah di tutup rapat oleh lelaki yang di panggil Jin. Ini kerana mereka memberi arahan dengan menggunakan nama mereka dan Mika telah mengetahui kesemua nama mereka. Bermula dengan Otto, Jin, Kaz dan Mirai dan Mika menyedari bahawa mereka bertiga adalah pelajar yang telah di buang sekolah kerana menimbulkan masalah disiplin. Tidak dia sangka mereka telah menjadi sebegini teruk sekali. Mika terpaksa menyerah segala-segalanya kerana dia tahu mahkota dia akan di ragut oleh mereka berempat hinggalah tiba-tiba satu objek telah "singgah" ke kepala Jin. Mika begitu terkejut sekali dan dia melihat objek itu ialah tong sampah. Mereka semua mencari siapa yang membaling tong sampah itu hingga mereka melihat satu lembaga berada di pintu masuk rumah usang tersebut.

"Moi! Selamat la aku terasa nak terkucil dan tak sangka aku terjumpa sampah dalam rumah ni." cakap lelaki tersebut. Mika dan Otto sedar percakapan tersebut dari siapa dan Mika menjerit, "Ren! Tolong saya!". Tiba-tiba Kaz terus meluru ke arah Ren dan cuba menumbuknya dan alangkah terkejutnya mereka apabila Ren langsung tidak mengelak serangan itu malah dia berkata, "Trimas sebab sedarkan aku." Ren pun tersenyum lalu menghentak Kaz dengan sekali serangan dan menyebabkan Kaz terus "tidur". Tidak sampai beberapa minit Ren telah menyelesaikan Jin dan Mirai walaupun tubuh mereka lebih besar berbanding Ren.

Otto terus terduduk ketakutan apabila dia melihat Ren memandangnya dengan mata yang tajam. "Serahkan kamera video itu." suara Ren kedengaran begitu serius sekali. Otto dengan terketar-ketar menyerahkan video tersebut di hadapan Ren dan Ren terus menghempaskan video kamera itu ke bawah dan terus memijaknya sehingga menyebabkan Otto pengsan ketakutan. Tiba-tiba Ren terus membuka bajunya dan ini membuatkan Mika begitu takut sekali kerana menyangka dia akan di rogol oleh Ren. Dia hanya memejam mata dan dia menunggu apa yang akan terjadi pada dirinya itu. Tiba-tiba dia merasa sungguh hangat dan badannya terasa ringan sekali. Mika membuka matanya dan melihat Ren sedang mendukungnya dan badannya telah di baluti oleh pakaian Ren.

"Moi! Mika, sejak bila awak tambah berat ni? Agak tak larat la nak angkat anak gajah ni." Ren terus tergelak dan Mika merasa sungguh malu dan tiba-tiba dia memeluk Ren lalu menangis. Ren hanya mendiamkan diri kerana dia merasakan lebih baik Mika terus menangis dari memendamkan perasaan dia seorang diri.

Semasa Ren dan Mika sampai di lobi hotel. Dia melihat ramai pelajar dan guru sedang berkumpul di lobi hotel. Lalu mereka terpandang Ren dan Mika dalam keadaan yang agak mencurigakan. Mereka semua terus memarahi Ren dan An juga telah menampar Ren kerana melakukan sesuatu yang melampau kepada Mika. Mika ingin memberi penjelasan tetapi di halang oleh Ren. Dia menyuruh Sakura untuk membawa Mika ke doktor untuk memastikan Mika tidak mengalami sebarang masalah. Tiada siapa pun yang tahu apa yang dah berlaku kecuali Ren dan Mika. Mika ingin menceritakan semua itu tetapi di halang oleh Ren kerana dia tahu apa yang patut di lakukan kepada empat orang tersebut.

Hari terakhir telah pun tiba, Ren cuba bercakap dengan An tetapi di halang oleh Shun kerana An tidak ingin bercakap dengan dia lagi atas kejadian yang menimpa Mika itu tetapi Ren tahu itu bukan sebab sebenar An tidak ingin bercakap dengannya. Semasa di dalam bas mereka duduk berasingan dan Ren terpaksa duduk berseorangan kerana tiada siapa yang ingin duduk di sebelahnya. Sepanjang perjalanan untuk pulang Ren hanya mendiamkan diri dan banyak termenung di luar bas dan Mika sempat perhatikan dia dan rasa bersalah sangat atas apa yang menimpa diri Ren.

Mika terus tersedar dari mengingati kisah tersebut dan dia mengesat air mata dia tanpa dia sedar hari sudah pun lewat. Apabila Mika ingin pulang dia merasa sungguh terkejut sekali apabila melihat Otto, Jin, Kaz dan Mirai berada di depannya. Dia berasa takut apabila Jin cuba mendekati dia dan Mika terus melarikan diri meninggalkan Jin terpinga-pinga. Mika tidak ingin mengambil risiko untuk mereka mengapa-apakan dia. Dalam fikiran dia mungkin mereka ingin membalas dendam terhadap dia atas kejadian yang menimpa diri mereka.

"Kau la takutkan dia. Tak sempat kita nak cakap benda penting yang "Tuan" kita suruh sampaikan kat dia. Terpaksalah kita tunggu esok sahaja." marah Otto kepada Jin.




Apakah yang di maksudkan oleh Otto itu? Siapa pula "Tuan" mereka ini dan apa yang mereka inginkan dari Mika? Tunggu episod yang lain pula. Walaupun aku tengah tak ada idea nak buat episod macam mana. Ada cadangan sila komen k. Trimas. ;)

29 comments:

  1. kesian ah dkt Ren...huhuhu...jhat btul An tu...

    ReplyDelete
  2. ade org xpham bce cter ni..sngal gler.

    ReplyDelete
  3. bnda bsic..mlas nk lyn die..menjtuhkn smgt je..:P

    ReplyDelete
  4. hahaha....xpyah lyan si syidan tu...

    ReplyDelete
  5. hahaha..lg bgus lyn cter ni kn??hehehe..agk2 kna ade smbungan lg x??kalu syira ske ng cter ni la..

    ReplyDelete
  6. tp ape yg ptt abg cter kn utk no 3 ni??dh mcm nvel ni..kalu la ade org cplak cter ni..mmg abg xbleh bt ape2 la..:D

    ReplyDelete
  7. hahaha...xtau2...cube la cri idea...

    ReplyDelete
  8. haha....dah ni blog abg kn?? so abg la yg kene pikir...

    ReplyDelete
  9. abg lg kna..:D syira ptt tlong la skali..bdak perempuan hbt dlm hal mcm ni..:P

    ReplyDelete
  10. tpi syira x hbat...lgipun ni kn cite abg...

    ReplyDelete
  11. ye la 2..ala..syira dh bce..so syira ptt thu gak..:D

    ReplyDelete
  12. hahaha..kna la perah otak ni..:D

    ReplyDelete
  13. otak org muda lg ade bnyk idea..:D

    ReplyDelete
  14. yeke??? hahha...cube la perah kalau boleh...

    ReplyDelete
  15. hahaha....ok...syira tnggu...ape abg nk buat???

    ReplyDelete