Wednesday, 26 October 2011

kisah cinta 3 segi..versi plik..

Aku ada terbaca 1 buku ni. Aku excited la baca buku 2 sbb ada kena mengena dgn aku. cinta 3 segi. Sbb aku suka baca aku baru je terkena dgn kejadian mcm 2. hoho.

anyway lagu 2 saja je aku letak sbg mukadimah crita aku ni. hope korg dpt renung2 kan apa yg aku nk crita ni n pham mcg dia.


"Wei An, tunggulah aku. Kau jalan laju macam orang kena kejar hantu pehal?" tanya Ren kepada An.

"Kau jangan sibuk la! Apa yang aku buat itu urusan aku." jawab An dengan dinginnya.

Ren agak terkejut dengan tingkah laku An. Selama ni dia tak pernah bersikap sebegitu.

"Argh! Moi! Apa masalah minah ni?! Aku yang tak bersalah kena marah. Adui. Mesti kes kena tinggal lagi. Ceh. Terpaksa la aku tunggu 3 hari untuk dia cool." fikir Ren.

Selepas 3 hari. Perangai masih sama. Ren mula berfikir walaupun dia malas nak berfikir. Pada hari itu Ren terpaksa ponteng sekolah dan melepak di atas bumbung sekolah gara-gara ingin mengetahui masalah An. Sedang dia sibuk berfikir dia tertido (mamat yg xbleh berfikir dgn lama). Tiba-tiba bunyi pintu terhempas. Ren dengar ada pasangan yang sedang bergaduh.


"Moi! Aku nak tido pun payah. Nak bergadoh tempat lain la!" marah Ren (dlm fkiran je). Dia memandang pasangan tersebut dan alangkah terkejutnya dia bahawa yang dia sedang lihat ialah An dengan senior dorang iaitu Shun. Lelaki paling popular dekat sekolah. Lelaki yang mempunyai segalanya.

"An listen to me. I'm sorry for kissing u yesterday. I think u really like me" cakap Shun.

"Hei! Even though I like u, that's doesn't mean that I'm yours slut!" marah An kepada Shun.

Ren begitu terkejut dengan statement Shun dan An. Dia merasa sungguh sedih walaupun dia tidak tahu mengapa dan tanpa dia sedar air mata dia jatuh dengan lajunya. Dia hanya memerhatikan adegan mereka berdua dan akhirnya An meninggalkan Shun yang terpinga-pinga atas kejadian yang menimpa dia.

Selepas habis waktu persekolahan, Ren berjalan seperti orang yang baru kematian bini. Dia tidak menghiraukan siapa-siapa di sekelilingnya pada waktu itu. Semua orang mengenali Ren bukan kerana dia pandai atau sebagainya. Sebaliknya dia di kenali kerana kenakalan dia sehingga dia di gelar "Ren the Chaos" kerana suka menghuru-harakan sekolah dia. Tetapi semua merasa pelik dengan perangai Ren yang senyap dan tidak berbuat seperti mana dia selalunya buat selepas balik dari sekolah iaitu menarik skirt pelajar perempuan. Semua pelajar perempuan sudah bersedia untuk menyembah air ke muka Ren terutamanya Mika. Mika merupakan pelajar yang sering Ren menarik skirtnya dan menganggu Mika. Tetapi pada hari tersebut Ren hanya berlalu pergi tanpa menghiraukan Mika. Mika berasa pelik lantas dia mengekori Ren secara senyap-senyap.

Sampai di suatu kawasan taman permainan, Ren berhenti dan duduk di buaian tempat di mana dia dan An selalu bermain dan melepak bersama. Tapi semua sudah berubah sejak An meminati Shun, dia tidak lagi menemani Ren dan mula menjauhi Ren sejak mendapat gelaran ratu. Ren sentiasa menanti An untuk datang dan menemani dia seperti dulu tetapi dia tidak pernah muncul lagi. Walaupun An melalui kawasan itu dan melihat Ren, dia akan berpaling muka dan terus berjalan dengan laju tetapi Ren tidak pernah jemu menunggunya.

"Awak tidak jemu tunggu dia?" persoalan Mika memecah kesunyian.

"Moi!" Ren merasa terkejut dan hampir jatuh dari buaiannya. Ren membetulkan kedudukannya dan berkata, "Dah berapa tahun awak ada kat belakang saya ni? Skodeng ke?" sambil ketawa.

"Awak jangan la berpura-pura lagi. Saya tahu perasaan awak terhadap dia. Saya paham macam mana bila orang kita sayang pergi dari sisi kita. Saya tahu awak kesunyian tapi awak tak boleh macam ni. Saya risaukan keadaan awak." Mika membuka cerita. Ren memberhentikan buaiannya dan hanya memandang Mika lalu dia mencapai beg dan pergi dari situ meninggalkan Mika.

"Jangan risau k. Saya kan "Ren the Chaos". Raja segala huru-hara." Ren memandang Mika dan memberi senyuman seribu makna. Selepas Ren pergi meninggalkannya, Mika pun mengalirkan air matanya kerana tidak sanggup melihat orang yang dia sayang menjadi sebegitu. Mika sendiri tidak sedar sejak bila dia mula jatuh cinta terhadap Ren. Orang yang paling dia benci sekarang telah menjadi orang yang paling penting dalam hidupnya. Jika dia memberitahu rakan-rakannya tentang ini, mesti dia akan di tertawakan oleh mereka kerana menyukai "sampah" seperti itu. Tapi "sampah" seperti" itu yang telah menyelamatkan dirinya.

Semua benda ni bermula pada 2 bulan lepas, ketika sekolah mereka membuat lawatan ke Shinjuku Fraction untuk melawati muzium dan khazanah yang ada di sana. Ramai yang menyatakan tempat yang mereka lawati pasti akan ada yang balik dalam pasangan. Mereka memanggil tempat itu "Garden of Love" kerana telah "melahirkan" ramai pasangan yang baru dan juga permulaan bagi budak perempuan untuk bergelar wanita. Ini kerana ramai kawan-kawan mereka telah banyak menyerahkan mahkota mereka hanya untuk merasa diri mereka menjadi dewasa. Bagi kaum lelaki, mereka menamakan tempat itu "Paradise" kerana tujuan mereka untuk merasa tubuh-tubuh gadis kesukaan mereka dan boleh merasa bangga dengan rakan-rakan yang lain. Mika juga ingin menjadi wanita dan ingin mencari teman lelaki tetapi dia tidak tahu siapa yang ingin dia miliki dan menidurinya.

Seperti biasa, Ren juga tidak ketinggalan mengikuti lawatan itu dan banyak membuat kecoh. Mika merasa Ren sungguh menjengkelkan dia walaupun ketika itu An turut ketawa bersama Ren.

"An! Mari kita bergambar di gambar yang menunjukkan buntut tu. Aku rasa macam kena dengan muka kau je. Hahahaha!" Ren mengenakan An dan gelak tawanya memecah kesunyian galeri yang penuh dengan ramai pelancong dan Cikgu Maya terpaksa memohon maaf dengan pihak pengurusan galeri atas kelakuan Ren itu sehingga dia di halau dan An terpaksa mengikutnya. Selepas itu, Ren terus menghilangkan diri dan banyak menemani An meninjau segala tempat di situ. Ren sentiasa membuat An ketawa kerana dia tidak mahu An berhenti dari tersenyum sebab dia dah berjanji pada seseorang untuk membuat An tersenyum dan ketawa.

Mereka akan berada di Shinjuku Fraction selama 3 hari dan Ren sentiasa cuba untuk membuat An ketawa walaupun dia akan menyusahkan mereka berdua dan hanya menambah lagi rekod buruk dalam buku dia tetapi dia tidak kisah semua itu kerana An adalah segala-galanya untuk dia. Mika juga sibuk mencari kekasih untuk dirinya kerana rakan-rakan dia semua sudah menikmati keindahan dunia dan menjadi wanita dan bangga menceritakan apa yang mereka lakukan kepadanya. Di Shinjuku Fraction la yang telah mengubah sejarah mereka bertiga dan menjadi 1 kenangan pahit untuk Ren, An dan Mika.






P/S : ada sambungan apa yg terjadi kt dorg semua ni..tunggu je la..^_^

5 comments:

  1. buku ni xde kt psaran..hahaha..abg dh ubh la..cme amik idea dri buku yg abg bce 2 je..:D

    ReplyDelete
  2. abg xingt mane ltak buku 2..nnt abg cri k..lpas 2 abg bg kt syira..

    ReplyDelete